Tuesday 30 August 2016

ANAK JATI JOHOR RUPANYA

'3 minit paling bermakna'

Itulah saat paling bersejarah dalam kamus hidup seorang pahlawan negara bernama Lt Kdr Mohamed Sharif Kalam.

Siapa yang menyangka, pada tanggal 31 Ogos 1957, beliau telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk menaikkan bendera Malaysia bagi menggantikan bendera Union Jack di saat ungkapan keramat Merdeka dilaungkan sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman.

Pada kita, tugasan itu mungkin kecil. Namun pada beliau, tugasan itu adalah penghormatan terbesar yang akan dikenang selamanya. 

Atas jasa dan pengorbanannya kepada tanah air tercinta, beliau telah menerima Anugerah Penghormatan Khas daripada negara. Terima kasih Lt Kdr Mohamed Sharif Kalam. Jasamu akan terus terpahat dalam sejarah kemerdekaan negara, dulu, kini dan selamanya.

Beliau adalah anak jadi Johor yang lahir dan dibesarkan di Batu Pahat. Sesungguhnya rakyat Johor tumpang bangga dengan apa yang beliau lakukan.