Gerakan Muafakat

Informasi Johor Terkini

Pages

  • Home
  • Sejarah Johor
  • Penduduk Johor

Tuesday, 30 August 2016

ANAK JATI JOHOR RUPANYA

'3 minit paling bermakna'

Itulah saat paling bersejarah dalam kamus hidup seorang pahlawan negara bernama Lt Kdr Mohamed Sharif Kalam.

Siapa yang menyangka, pada tanggal 31 Ogos 1957, beliau telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk menaikkan bendera Malaysia bagi menggantikan bendera Union Jack di saat ungkapan keramat Merdeka dilaungkan sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman.

Pada kita, tugasan itu mungkin kecil. Namun pada beliau, tugasan itu adalah penghormatan terbesar yang akan dikenang selamanya. 

Atas jasa dan pengorbanannya kepada tanah air tercinta, beliau telah menerima Anugerah Penghormatan Khas daripada negara. Terima kasih Lt Kdr Mohamed Sharif Kalam. Jasamu akan terus terpahat dalam sejarah kemerdekaan negara, dulu, kini dan selamanya.

Beliau adalah anak jadi Johor yang lahir dan dibesarkan di Batu Pahat. Sesungguhnya rakyat Johor tumpang bangga dengan apa yang beliau lakukan.

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

AMANAT MB JOHOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor.

1. 59 TAHUN LALU, pada tanggal 31 Ogos 1957, Malaysia dan segenap pelusuk tanahair ini, telah bebas dari segala bentuk cengkaman penjajahan, penindasan, kezaliman, keterbelakangan dan kejumudan.

2. Dan hari ini, kita kembali mengenang kembali detik paling bersejarah dalam kehidupan berbangsa dan bernegara ini.

3. Saban tahun kita terus diingatkan betapa Kemerdekaan Malaysia bukanlah hadiah manis dan ihsan dari kolonial Inggeris.

4. Ia adalah maruah dan harga diri yang kita tebus dengan darah, keringat dan air mata.  Berkat jerih payah para pejuang yang telah mendahului kita.

5. Mereka benar-benar rela mati.  Hanya kerana ingin bangsa ini bebas dari belenggu penjajah.  Pada mereka, mati berdiri dan berjuang itu jauh lebih mulia dari melihat anak bangsa terpaksa hidup melutut di bawah telunjuk asing.

6. Kita tidak akan pernah mampu membayar balik semua pengorbanan itu dengan apa-apa imbuhan dan laba sekalipun.

7. Pertanyaan yang lebih penting, yang harus kita sama-sama jawab dan fikirkan adalah, apa makna yang terkandung dari semua kemerdekaan ini?

8. Apa sebetulnya makna dan tujuan kita mengadakan peringatan hari kemerdekaan?

9. Pada saya, ia mempunyai beberapa konotasi penting.

10. Pertama, untuk kita sama-sama mendoakan para pahlawan kita. Pada pendiri bangsa.

11. Semoga mereka mendapat tempat sewajarnya di sisi Ilahi. Kepada mereka yang masih bersama kita, semoga Allah SWT memberikan keafiatan jua.

12. Wajar  kita renungkan satu firman Allah SWT:

13. “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah (bahawa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya”  Surah al-Baqarah: ayat 154.

14. Kedua, sambutan kemerdekaan adalah untuk mengenang pengorbanan pejuang bangsa.

15. Marilah kita mengambil sedikit masa mengenang para pejuang bangsa. Jasa mereka sebagai pejuang tak mungkinakan terlupakan.

16. Sekalipun mereka sudah tiada bersama kita hari ini, nama mereka tetap tersemat kemas dalam hati kita.  Tetap terukir indah dalam lembaran sejarah.

17. InsyaAllah, Marilah kita mengenang mereka dengan cara terbaik. Iaitu dengan bersama-sama melangkah memberi yang terbaik untuk negara ini.  Dengan menjaga keutuhan bangsa ini dengan segenap jiwa dan raga kita.

18. Ketiga, dan yang paling penting, bagaimana dengan sambutan sebegini, kita berpeluang belajar dan menimba teladan hidup dari para pejuang bangsa.

19. Ibarat mercu suar di tepi laut, yang menjadi pedoman bagi semua nelayan, para pahlawan adalah penunjuk arah yang jelas bagi kehidupan kita, sekarang dan masa depan yang penuh cabaran dan harapan.

20. Hari ini, kalau anak-anak ditanya, “Besar nanti nak jadi apa?”  Hampir kesemua mereka menjawab, “Nak jadi doktor, jurutera, pilot”

21. Tidak ada yang akan menjawab ingin menjadi pahlawan.

22. Namun, ada benarnya. Kerana pahlawan itu sebetulnya bukan pekerjaan, tetapi panggilan dan seruan.  Panggilan dan seruan untuk membela bangsa, agama dan negara.

23. Maka, inspirasi apakah yang boleh menjadi suri teladan dari kisah keperwiraan para pahlawan kita ini?

24. Pertama, kepentingan mempunyai cita-cita yang jelas.

25. Cita-cita para pahlawan dan pendiri bangsa hanyalah kemerdekaan Tanah Melayu. Tiada yang kedua.

26. Pada mereka, seluruh imaginasi dan hati mereka hanyalah tentang impian membebaskan ibu pertiwi dari penjajahan bangsa asing.  Ia bukan sahaja cita-cita besar, cita-cita luar biasa.  Tetapi cita-cita yang jelas.

27. Pendiri bangsa mengajar kita supaya menggantungkan cita-cita kita setinggi langit.

28. Agar cita-cita yang melangit itu menjadi inspirasi untuk kita bangun lebih pagi.  Menjadi inspirasi untuk kita bekerja lebih keras, sanggup berpanas di bawah terik matahari, rela bekerja sampai lewat malam.

29. Malah, ia bisa menjadi inspirasi untuk kita melunaskan tugas-tugas kita bagaikan suatu panggilan dan seruan yang mulia.  Sehingga kita mengerjakannya dengan sepenuh hati, dengan setulus rasa cinta.

30. Dan bila kita bekerja, ia tidak hanya untuk diri kita sendiri. Tetapi juga demi kebaikan orang lain.  Untuk bangsa. Untuk keluarga.  Untuk tetangga.

31. Kedua, semangat pantang menyerah.

32. Bila kita memiliki cita-cita yang jelas, cabaran atau godaan apapun tidak akan menggoyahkan kita.  Kita tidak akan menyerah dengan mudah.

33. Ambillah iktibar pelayaran Christopher Columbus.  Setelah berbulan berlayar, anak buah Columbus sudah putus asa. Pulau yang diimpikan belum juga kelihatan. Mereka terus mendesak Columbus untuk berpatah balik ke Sepanyol.

34. Tetapi setiap kali didesak, Columbus menjawab, “Kita teruskan sedikit lagi”

35. Dan akhirnya, apa yang sejarah ceritakan kepada kita?  Columbus menemui bukan sekadar sebuah pulau. Malah sebuah benua Amerika.

36. Inilah hasil sebuah cita-cita besar yang jelas, yang diikuti dengan semangat pantang menyerah.

37. Jadi, janganlah kita mudah menyerah.  Bila kita terus tegar berjalan menuju cita-cita, InsyaAllah pada suatu saat kita akan sampai di tempat tujuan.  Seringkali hal itu terjadi pada saat kita sudah hampir putus asa.

38. Ketiga, keberanian.

39. Pahlawan dan pendiri bangsa pastilah bukan golongan pengecut. Ramai yang dipenjara.  Ramai yang tidak diendahkan.  Ramai yang disisih.  Ramai yang gugur.

40. Tetapi kesemua mereka tidak pernah berputus asa. Mereka tidak mahu menempuh jalan aman, mudah dan hidup sebagai penakut.

41. Mereka dengan sedar memilih jalan sukar, sulit dan berbahaya. Mereka memilih untuk menempuh jalan yang jarang dilalui. Mereka adalah orang yang sangat berani.

42. Inilah yang perlu kita teladani sebagai generasi penerus bangsa.

43. Cita-cita yang cemerlang seringkali gagal karana kita tidak memiliki keberanian untuk mencapainya.  Kita takut untuk memulakan langkah.  Kita takut mengambil risiko.  Kita takut dikritik dan dihakimi orang.  Kita takut gagal.  Semua rasa takut itu merantai dan melumpuhkan potensi kita.

44. Maka, jika kita semua memiliki keinginan, laksanakanlah.  Keberanian memiliki nilainya sendiri.  Kejayaan akan menjelma saat kita memiliki keberanian.

45. Dan percayalah, kejayaan dan keberhasilan itu hanya akan digapai oleh mereka yang berani.  Dunia ini adalah untuk orang-orang yang berani.

46. Pengajaran keempat, semangat berkorban.

47. Tidak ada yang mudah dalam dunia ini.  Apapun yang kita lakukan pastinya memerlukan pengorbanan.

48. Bahkan kalau kita tidak melakukan apa-apa, kita sebenarnya telah mengorbankan sesuatu, iaitu peluang dan kesempatan.

49. Kelima, menjadi bangga sebagai rakyat Malaysia.

50. Kalau kita telusuri dan hayati nama para pahlawan dan pendiri bangsa.  Kebanyakannya, tidak pun kita kenali secara peribadi.  Tetapi kita rasa dekat dan kasih dengan mereka.

51. Kita bangga membaca kisah hidup mereka.  Kita bangga dengan cerita keberanian mereka.

52. Para pahlawan yang gagah perkasa telah mengorbankan jiwa dan raga mereka demi tanah air, demi kita generasi penerus.  Selayaknya, pengorbanan ini harus membuatkan kita berasa bangga.

53. Kerana pengorbanan mereka itulah, kita tidak lagi merempat dan terbuang di tanah air sendiri.  Kerana pengorbanan mereka itulah, kita sama-sama memiliki ruang dan tempat dalam negara yang bertuah ini.

54. Jadi, kita mesti berbangga punya tanah air.  Punya Malaysia yang satu-satunya ini.

55. Dan selaku generasi hari ini, kita mesti tampil dan ikut serta untuk menentukan ke mana arah negara ini hendak kita bawa.

56. Jangan kita hanya berpeluk tubuh.  Melihat dan membiarkan sahaja tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab merobek dan merosakkan negara ini.

57. Sama ada kita ini mereka yang duduk di kerusi empuk dalam pejabat berhawa dingin atau penoreh dan petani yang berbudi pada tanah, atau nelayan yang bersabung dengan laut, atau guru yang tangannya berdebu dengan kapur tulis.  Siapa sahaja kita, negara ini milik kita semua.

58. Serapuh mana pun bangsa dan negara ini, segoyah apa pun bangsa dan negara ini, lakukan dan berikanlah yang terbaik untuknya.

59. Sudah terlahir dari bangsa dan tanahair ini, seribu satu cerita terbaik. Cerita yang tidak pernah terfikirkan oleh mereka yang tidak bernegara.

60. Jadi, dengan berbekalkan cita-cita, keberanian, semangat pantang menyerah dan kemahuan untuk berkorban di abad ke 21 ini, ayuhlah kita jadikan Malaysia ini, rumah terbaik kita.  Negara dan bangsa terbaik untuk semua.

Salam Merdeka
Salam Sehati Sejiwa
Salam Muafakat Johor

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 24 August 2016

PENDIRIAN TEGAS MB JOHOR

Kenyataan MB Johor
(Berhubung isu Bangsa Johor oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad)
Saya ingin merujuk kepada pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kebangkitan nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johorsemalam.
 
                          
Saya mempunyai pendirian yang berlainan dan menyanggah dengan tegas kenyataan tersebut. Pendirian saya adalah selari dengan pandangan DYMM Sultan Johor berhubung perkara ini.

Pertama, kebangkitan nasionalisme Johor, dalam apa cara sekalipun, tidak bertujuan untuk menjurus kepada perpisahan daripada Persekutuan Malaysia.

Johor adalah sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia dan akan terus mendukung hubungan eratnya dengan Kerajaan persekutuan.

Namun, hubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan mesti diterjemahkan selayaknya atas semangat sebuah persekutuan dan bukannya sebagai sebuah negara satuan atau ‘unitary’.

Kedua, Bangsa Johor adalah satu identiti politik Johor yang menjurus kepada perpaduan dan sikap muhibah. Ia menyeru kepada muafakat pelbagai kaum. Malah ia menjadi matan yang menyatukan segala kerencaman bangsa, agama dan keturunan di bawah satu identiti kenegerian yang bersandarkan kepada keharmonian, persefahaman dan toleransi.

Ketiga, Bangsa Johor yang bersatu padu, maju,harmoni dan berada dalam keadaan terbaik bukan sahaja akan menjadikan Johor dan masyarakatnya lebih baik. Malah ia akan menjadikan Malaysia dan masyarakatnya juga lebih baik. Ia dengan sendirinya akan mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan. Negeri-negeri yang kuat, dengan masyarakat yang kuat akan membentuk persekutuan yang kuat.

Keempat, nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor adalah identiti unik yang telah lama sebati dengan Johor dan amalan masyarakatnya. Seawal 1920-an apabila DYMM Almarhum Sultan Sir Ibrahim memperkenal dan menggunakan istilah tersebut. Ini bermakna, penggunaan Bangsa Johor sudah wujud lebih awal dari kemerdekaan dan kewujudan Malaysia.

Kelima, terimalah kebangkitan nasionalisme Johor dan Bangsa Johor ini sebagai sebahagian dari kepelbagaian dan kerencaman Malaysia. Malaysia mempunyai pelbagai cerita dan pelbagai cerita terbaik. Kemajmukan inilah yang menjadikan Malaysia kuat dan istimewa.

Saya menyeru semua pihak untuk meneladani kebangkitan Johor dan nasionalismenya. Ia harus menjadi pacuan moral untuk kita lebih menghargai kepelbagaian berbangsa dan bernegara secaraprogresif dan sihat.
Kepada Tun Dr Mahathir, saya beranggapan tidak perlulah untuk beliau bercakap dan mengulas tentang perkara yang bukan menjadi bidang kearifannya.  Sesuatu yang beliau tidak dapat hargai atau jiwai.
                             

Kami di Johor akan terus berbangga memelihara dan berusaha mempertahankan segala warisan dan konsep yang boleh menjayakan dan menyatukan segenap rakyat negeri ini.
Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor
25 Ogos 2016
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

NASIHAT UNTUK TUN M DARI DYMM SULTAN JOHOR

SULTAN JOHOR NASIHAT TUN M SUPAYA TUTUP MULUT !
Sultan Johor telah menegur Tun Mahathir Mohamad kerana tidak setuju dengan konsep Bangsa Johor.
Menurut laporan media, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap kenyataan yang dibuat Dr Mahathir kononnya 'konsep berkenaan boleh meruntuhkan perpaduan rakyat'.
"Tun Mahathir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan beliau langsung tidak tahu tentang sejarah negeri Johor.

                      
"Moyang saya, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 mengadakan seruan terhadap Bangsa Johor bagi menyatu-padukan pelbagai kaum di Johor di bawah satu bendera untuk perpaduan, keharmonian dan keamanan yang lebih baik. Tiada bangsa atau individu yang dipinggirkan. Almarhum terbukti benar.
"Konsep Bangsa Johor telah dimulakan sebelum Tun Mahathir dilahirkan. Beliau tak tahu apa yang dikatakannya," titah Sultan.
Sultan Ibrahim juga bertitah bahawa 'Dr Mahathir tidak layak untuk bercakap mengenai perpaduan'.
"Beliau memecah-belahkan rakyat termasuk orang Melayu, manakala saya menyatukan rakyat Malaysia dari semua kaum termasuk orang Melayu," titah Sultan.
"Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Beliau hanya menimbulkan masalah, maka saya menasihatkan beliau supaya tutup mulut."
"Beliau bertelagah dengan ramai pemimpin dunia termasuk dengan negeri jiran kita Singapura dan ia memberi kesan kepada Malaysia.
"Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini, pada ketika ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sikap beliau," titah Sultan Johor.
Ketegasan Sultan Johor ini perlu dinilai sendiri oleh rakyat. Dan sebagai rakyat negeri Johor, TS Muhyiddin Yassin mesti tampil ke hadapan untuk menegur Dr Mahathir, itu pun jika beliau berani.
Dr Mahathir sendiri telah mengekang kuasa Yang di-Pertuan Agong dengan meminda Perlembagaan Persekutuan supaya kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi diperlukan untuk menjadikan sesuatu akta itu sebagai undang-undang.
                       
Dan apa pula pendirian puak pembangkang dan pro-tun tentang titah Sultan Johor ini. Seperti yang kita sedia maklum, parti PKR dan DAP pernah dimurkai oleh Sultan Selangor semasa 'langkah kajang' mereka.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 23 August 2016

SULTAN JOHOR PUJI KEINDAHAN PULAU DI JOHOR

 Pos Malaysia Bhd menerima dua pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBOR) atas usahanya meletakkan pos peti diraja dasar laut pertama dan taman terumbu karang buatan manusia pertama di Malaysia.
Sijil MBOR itu dipersembahkan oleh Pengarah Operasi MBOR Christopher Wong Hong Wai kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh di Pulau Sibu di sini hari ini.
Program itu merupakan sebahagian program Kembara Jelajah Pulau Mersing 2016 yang berlangsung pada Ahad hingga semalam.
                          
Sultan Ibrahim turut menandatangani plak Monumen Santuari Dugong dan meletakkan tanda Santuari dugong di atas Google Map yang akan menunjukkan gambar dan lokasi pusat santuari itu.
Selain itu, baginda turut melancarkan projek perkhidmatan Pos Malaysia dan diberi penerangan mengenai projek naik taraf solar hibrid di pulau tersebut.
Turut hadir Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim, barisan exco kerajaan negeri dan Pegawai Daerah Mersing Adib Azhari Daud.
Terdahulu, baginda menyelam sedalam sembilan meter di Pulau Mensirip bagi meletakkan logo Sultan Johor di peti pos sekali gus merasmikan peletakan peti pos diraja tersebut.
Sultan Ibrahim yang menyelam kira-kira 15 minit itu, turut memasukkan poskad khas kalis air di dalam peti pos berwarna merah sebagai simbolik pelancaran.
Setelah selesai, baginda kemudiannya menyelam menuju ke arah rangka karang sebagai simbolik taman terumbu karang buatan manusia itu yang dikenali sebagai Taman Terumbu Karang Tunku Laksamana.
Mohd Shukrie berkata pemasangan peti pos baharu tersebut merupakan hasil usahasama antara Pos Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan kerajaan negeri Johor dalam mempromosikan segmen pelancongan pos di negara ini.
“Inisiatif ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan Pos Malaysia sebelum ini dalam menyediakan dan memasang peti pos di altitud tertinggi di puncak Gunung Kinabalu, diikuti peti pos dasar laut terdalam di Pulau Layang-Layang yang kedua-duanya terletak di Sabah, serta peti pos terselatan di Benua Asia di Tanjung Piai, Johor,” katanya.
Di Pulau Pemanggil pula, Sultan Ibrahim meletakkan tukun rekreasi sebagai tanda Rancangan Kawasan Khas (Zon Memancing) yang merupakan kerjasama antara Pulau Pemanggil, Perbadanan Taman Negara Johor dan Majlis Daerah Mersing.
Sementara itu di Pulau Aur pula, baginda merasmikan pos kawalan Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI) dan melancarkan Sumber Air, diikuti pelancaran projek peletakan tukun di perairan pulau TLSI.
Kembara Jelajah Pulau Mersing 2016 yang diketuai Sultan Ibrahim itu melibatkan lapan pulau sekitar perairan Mersing dengan jarak pelayaran lebih 500 kilometer.
Lapan pulau yang dilawati ialah Pulau Tengah, Besar, Rawa, Mensirip, Pemanggil, Aur, Tinggi dan Sibu. – BERNAMA
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 22 August 2016

ADAKAH INI PUNCANYA ?

MAKNA PIALA MALAYSIA KEPADA TMJ DAN APA YANG BAGINDA MAHU KITA SEMUA FAHAM
● Saya dah cakap beribu kali, dah berbuih mulut. Yang saya tidak pernah pandang Piala Malaysia. Ia piala paling tua dalam negara tetapi ia piala yang merosakkan jadual setiap tahun. Why? Piala Liga (Super) dan FA dapat membawa anda kepada AFC Championship. Beri saya satu sebab mengapa mesti kejar Piala Malaysia. Kemajuan kelab bolasepak JDT terletak apabila kita berada dalam composition AFC, dalam Asia yang mewakili negara. Disitu sudah boleh tengok kemajuan kita, bukannya Piala Malaysia. Dan untuk berada dalam Asia, perlu menang Liga.
● Saya cakap kepada Mario Gomez satu sahaja, "Jangan kalah, tetapi keluar dari Piala Malaysia secepat mungkin." Jadi, kalau penyokong nak salahkan sesiapa, salahkan saya. Saya yang bertanggungjawab. Saya yang bayar gaji dia. Dia kena dengar cakap saya.
● Kita akan ada 4 final. Jikalau kita menang dengan Felda, liga ini kita punya. Pasukan pertama satu-satunya dalam negara yang menang liga 3 kali berturut-turut. Sebab tu semalam Mario turunkan barisan tu. Kalau ikutkan hati saya, saya turunkan Sasikumar jadi striker.
               
                     
● Kita tak boleh ada rekod kalah. Sebab kalau tengok graf kita tentang kemenangan, draw dan kalah..kita memang sudah buat yang terbaik. Penyokong marah kalau kalah. Jadi saya bagitau Mario, "engkau bagi draw (seri) jelah."
● Dahulu, kita boleh fokus semua pertandingan. Piala Liga, Piala FA. Kalau kita menang salah satu, kita pergi AFC. Last sekali pertandingan baru Piala Malaysia. Jadi kita boleh fokus satu-satu. Sekarang ni, FAM telah satukan Piala Malaysia, Piala Liga dan Piala FA. Pemain pula perlu at least 72 hours untuk recover selepas perlawanan. At least 48 hours untuk recover. Kalau kita bermain semua competition all out, bayangkan kalau Jorge Pereyra Diaz injured atau mana-mana pemain yang mustahak injured, apa akan jadi pada pasukan kita? Mungkin musim depan, jadual berbeza dan kita boleh fokus satu-persatu, maka kita boleh cuba Piala Malaysia.
● Apabila orang lain berfikir tentang Piala Malaysia, saya pula tengah berfikir pasal sesuatu. Dalam askar, bila kita ada satu keinginan, kita jangan cerita kepada orang lain. Kita diam. Kerana apabila musuh tau keinginan kita, dia akan serang yang itu dulu. Masalahnya, awak semua sudah tergigit umpan musuh. Sebab itu tidak boleh menerima kekalahan. Tidak ada pasukan dalam dunia ini yang tidak pernah kalah.
● Ada monyet tanya, "kalau Piala Malaysia tak mustahak, kenapa main?" Kalau tak main, kena fine (denda). Benda ini adalah jadual yang disetkan oleh badan induk bolasepak negara. Kenalah main.
● Sebelum mula Liga Super semasa di Thailand lagi, saya telah bercakap dengan Mario Gomez, "go for the third title in a row." Tiada seorang pun perasan apa yang saya cakap. Kerana Selangor 2 kali, Kelantan 2 kali, JDT 2 kali. Tiada 1 pasukan dalam negara yang 3 kali berturut-turut. saya nak jadi the first. Dalam AFC kita telah menjadi juara, kita telah mencipta sejarah. Insya-allah jika Allah Taala izinkan rezeki kita menang 3 kali berturut-turut, itu pencapaian yang amat besar. Lepastu siapa boleh beat that record? Mungkin tiada. Mungkin selepas beberapa tahun baru ada.
                                       
● Saya cakap kat Mario, tidak kisahlah semasa Mario ke, selepas Mario ke, Piala Malaysia adalah untuk awak gunakan pemain-pemain muda, so diaorang dapat bermain tahap yang tertinggi dalam pertandingan. Mereka dapat lebih pengalaman dan pendedahan.
● Dari awal, saya dah arahkan Mario supaya try menang FA Cup supaya dapat tempat yang cepat untuk AFC. Lepastu concentrate kepada Liga. Itu perancangan saya. Jadi, kalau awak nak Piala Malaysia tahun depan, awak carilah orang baru. Sebab ia bukan polisi saya.


Chat Conversation End
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 21 August 2016

NAMEWEE DITANGKAP AKHIRNYA



GEORGE TOWN
: Penyanyi dan pengarah tempatan, Namewee yang klip video lagunya menjadi viral kerana didakwa menghina Islam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari luar negara hari ini.

               
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan kira-kira pukul 3.30 petang bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Lelaki itu ditahan di KLIA dan akan dibawa ke Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes berkenaan. Dia akan direman pagi esok," katanya di sini hari ini.

              

Klip video memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan klip video berkenaan.
              

Admin berharap Namawee ini akan dikenakan hukuman yang berat supaya ianya akan menjadi tauladan kepada mereka yang ada keinginan untuk menghina ISLAM dan mengganggu kedaulatan Negara ni.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada PDRM atas kecekapan anda menjalankan tugas.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TMJ... JANGAN TINGGALKAN KAMI

Melihat kenyataan TMJ sebelum ini yang akan tinggalkan pasukan bolasepak JDT pada hujung musim nanti menimbulkan banyak persoalan kepada admin. Adakah keputusan ini berlaku kerana luahan hati TMJ baru-baru ini.

1) Apakah yang menyebabkan TMJ membuat keputusan sedemikian ?

2) Bagaimana JDT nanti bila sudah tiada TMJ ?

3) Adakah segala perancangan jangka masa panjang yang telah dirancang akan diteruskan ?

Dan yang paling penting...

4) Adakah penyokong JDT sudah bersedia untuk untuk kehilangan TMJ didalam arena bolasepak ini ?

                

Kerana kita semua tahu TMJ adalah pencetus perubahan didalam arena bolasepak negara. [ekara ini diakui oleh semua peminat bolasepak di Malaysia bukan sahaja di Johor.

Jadi sebagai penyokong tegar JDT admin berharap sangat TMJ, pertimbangkan semula hasratnya untuk menarik diri dari arena bolasepak khususnya pasukan kesayangan rakyat Johor.

Dan admin juga memintak agar semua ponyokong JDT  kembali memeriahkan stadium sebagai tanda sokongan kepada TMJ.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TMJ AKAN TINGGALKAN JDT

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberi bayangan mungkin akan berehat daripada kancah bola sepak pada penghujung musim ini.

Menurutnya, keputusan itu mungkin akan dibuat mengikut perkembangan semasa pasukan selatan tanah air tersebut selepas berakhir saingan liga pada musim ini.

Beliau turut menyatakan hasratnya untuk melihat kemajuan dan perkembangan JDT meskipun tanpa kelibat dirinya di tampuk pentadbiran kelab bola sepak tersebut.

                 

"Sememangnya kehilangan saya dalam kelab ini memang ditunggu-tunggu oleh beberapa pihak yang kurang senang dengan pencapaian yang diraih pasukan sejak tahun 2013 yang lalu.

"Jadi sekiranya saya berehat sebentar, saya mahu lihat kemajuan dan perkembangan kelab sentiasa berjalan kerana semua perancangan telah diatur dan dirangka," katanya.

Beliau berkata, selain daripada mahu merehatkan minda daripada pasukan, Tunku Ismail turut meluahkan kekecewaannya berikutan kehadiran penyokong yang semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 19 August 2016

SENARAI BANTUAN DAN PINJAMAN YPJ

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ (DALAM NEGARA)
BIL 4/2016 | TARAF IJAZAH SARJANA MUDA
- UNIVERSITI AWAM SAHAJA
Dimaklumkan bahawa Permohonan Pinjaman YPJ bagi taraf Ijazah Sarjana Muda Bil.3/2016 telah dibuka mulai 17hb sehingga 28hb OGOS 2016.

           
Permohonan adalah secara onlline melalui pautan di laman web YPJ :http://www.ypj.gov.my/v1/
Sila baca dengan teliti arahan dan panduan berikut :
1. Syarat Permohonan Pinjaman YPJ
http://www.ypj.gov.my/…/ima…/pinjaman/iklanpinjaman42016.gif
2. Cara-Cara Memohon Pinjaman YPJ
http://www.ypj.gov.my/…/i…/pinjaman/iklanpinjaman42016-2.gif
3. Panduan Permohonan Secara Online
http://www.ypj.gov.my/…/…/pinjaman/panduanmohonpinjaman9.pdf
4. Panduan Mengisi Borang Permohonan Secara Online
http://www.ypj.gov.my/…/imag…/pinjaman/panduanisiborang6.pdf
5. Borang Pengesahan Pendapatan Ibu DAN Bapa/Penjaga Bagi Permohonan Pinjaman YPJ
http://www.ypj.gov.my/…/pin…/pengesahan_pendapatan_pinj2.pdf
Keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TAHNIAH KEPADA JAGUH KELAHIRAN JOHOR

TAHNIAH diucapkan kepada anak Johor Tan Wee Kiong dan rakan beregu lelaki Negara, Goh V Shem. Walaupun sekadar meraih pingat perak di perlawanan akhir acara beregu badminton Olimpik Rio. Ianya sudah cukup bermakna untuk rakyat Malaysia amnya dan rakyat Johor khususnya. 



Walaupun sekadar menduduki tangga kedua mereka telah menunjukkan persembahan yang mantap dengan memberi saingan yang sengit kepada beregu dari China. Semoga ianya akan menjadi pendorong kepada anak muda Johor yang lain.

Kami rakyat Johor sentiasa bersama anda dan akan terus menyokong anda di masa-masa akan datang. Teruskan usaha dan semoga akan lebih berjaya pada masa akan datang.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

JOHOR SKILL TEMPAT ASAH KEMAHIRAN ANAK JOHOR

Negeri Johor bakal mempunyai sebuah Hab Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dikenali sebagai Skills Johor. Ia akan dibina di atas tanah berkeluasan lebih kurang 100 ekar di Bandar Akademik YPJ yang terletak di daerah Kota Tinggi.
Kerajaan Negeri Johor begitu prihatin dalam usaha membantu rakyat menangani bebanan peningkatan kos sara hidup dengan menyediakan peluang-peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran secara berterusan. Peluang tersebut diberikan kepada para pekerja sedia ada yang mahu meningkatkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi dan juga kepada pekerja yang diberhentikan kerja oleh majikan, dengan menjalani latihan kemahiran baru untuk diambil bekerja semula. Sebagai tambahan, Skills Johor menawarkan kaedah Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu kepada pekerja yang tidak mempunyai sijil akademik untuk mendapatkan sijil kemahiran berdasarkan pembuktian pengalaman dan keterampilan dari pekerjaan yang telah diceburi.
               
Skills Johor bekerjasama dengan rakan strategik tempatan dan penyedia latihan vokasional antarabangsa dalam penyediaan struktur kurikulum, mod latihan dan tahap kelayakan pensijilan. Apabila siap sepenuhnya kelak, Skills Johor mempunyai kapasiti untuk menampung sehingga 20,000 pelatih tempatan dan antarabangsa setahun.
Saya menyeru kepada warga Johor, rebutlah peluang ini. Ia merupakan satu inisiatif Negeri Johor untuk Melahirkan Warga Johor Yang Berkemahiran.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
Tel: 03-77100502 (Cik Nafizah)
Email: info@skillsjohor.com.my
Whatsapp:
013 2828818 atau 012‑350 7380�
Serta layari
Laman Sesawang:
http://www.skillsjohor.com.my
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 17 August 2016

LUAHAN HATI TMJ

Saya amat kecewa dengan kehadiran ke stadium.

Dulu semasa kita baru sama-sama bina kelab, saya nampak banyak potensi bahawa kelab ini boleh menjana kewangan. Dan apabila saya lihat dengan perangai penyokong, bila saya nak buat stadium 30,000-35,000, ramai bising kenapa kecil sangat?

Sedangkan pada perlawanan semalam pun tak sampai 7,000 orang yang hadir.

Ini bukan kali pertama tetapi sejak awal musim lagi saya sudah perasan. Perkara sama berlaku sejak tahun lepas. Kalau ada yang tidak boleh terima apa yang saya katakan, itu hal masing-masing. Tetapi kalau anda mahu kelab anda kuat, anda harus membantu sebagai penyokong. Jika hanya nak tunggu perlawanan tertentu baru nak hadir, baik tidak payah.

Berkenaan penjualan tiket online, JDT sudah hampir melaksanakan proses pembelian menggunakan kaedah tersebut bagi memudahkan penyokong pada masa akan datang.

Tetapi sekiranya selepas itu juga masih tidak penuh, saya rasa stadium baru nanti saya nak bina hanya untuk 10,000 orang sahaja.

Dan seperkara yang terakhir, saya tidak tahu berapa lama saya akan berada dalam dunia bola sepak kerana saya ada agenda-agenda lain tetapi kita tunggu dan lihat.

Buat masa ini apinya masih panas dan membara dalam hati saya, tetapi kita lihat dulu situasinya kerana saya masih banyak lagi misi dan visi yang hendak saya laksanakan untuk negeri yang saya cintai ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 15 August 2016

JAWATAN KOSONG SELURUH JOHOR

*HARI KERJAYA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI JOHOR*

*TARIKH : 21 OGOS 2016 ( AHAD )*
*TEMPAT : PEJABAT TENAGA KERJA KLUANG, JLN PEJABAT KERAJAAN,KLUANG*
*MASA : 9.00 pg – 5.00 ptg*

AKTIVITI :
- *TEMUDUGA TERBUKA*
- *PAMERAN AGENSI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA*
- *PROGRAM KEBOLEHPASARAN PEKERJAAN*
- *TAWARAN PELUANG  KEMAHIRAN*

MAJIKAN :-
1. TRENDCELL SDN. BHD.
• MANAGEMENT TRAINEE
• OPERATIONS ASSISTANT
• SALES ASSISTANT
• CASHIER
• BUTCHERY ASSISTANT
• BAKERY ASSISTANT

2. DYNASTY CULTURE SDN. BHD.
• PENJAHIT
• PENGGUNTING
• PELUKIS
• QC OPERATOR
• R&D TECHNICIAN
• GENERAL CLERK
• QA EXECUTIVE

3. GUOCERA SDN. BHD.
• PEMBANTU PEMBUATAN
• KERANI
• OPERATOR PENGELUARAN

4. TERREAL MALAYSIA SDN. BHD.
• PRODUCTION TECHNICIAN
• PRODUCTION SUPERVISOR
• CUSTOMER SERVICE ENGINEER

5. JACKSPEED LEATHER SPECIAL MFG (M) SDN BHD
• OPERATOR

6. SWISS-INN HOTEL JOHOR BAHRU
• F&B SUPERVISOR
• FRONT OFFICE SUPERVISOR
• FRONT OFFICE ASSISTANT
• WAITER / WAITRESS
• ASSISTANT SALES MANAGER
• SALES EXECUTIVE
• SALES COORDINATOR
• FINANCE EXECUTIVE
• ACCOUNT PAYBLE OFFICER

7. SYARIKAT PENGANGKUTAN MAJU BHD.
• PEMANDU BAS HENTI-HENTI / EXPRESS
• MEKANIK
• PEMBANTU PENGUATKUASA
• PENGAWAL KESELAMATAN

8. RANHILL WATER SERVICES SDN. BHD.
• JURUTEKNIK
• PEMBANTU LAPANGAN

9. BIOVISION & GREENERGY SDN. BHD.
• ACCOUNTS EXECUTIVE
• E & I ENGINEER
• E & I TECHNICIAN
• MECHANICAL TECHNICIAN
• BOILERMAN GRADE 1
• SHIFT / TEAM LEADER
• LOGISTICS EXECUTIVE
• HSE EXECUTIVE

10. PROWAYPLAS ENGINEERING SDN. BHD.
• ENGINEERING MANAGER
• SECONDARY PROCESS MANAGER
• PRODUCTION PLANNER
• SUPERVISOR MOULDING
• SUPERVISOR TOOLING
• MOLD MAKER
• TECHNICIAN INJECTION MOULDING
• LOGISTIC SUPERVISOR
• MACHINE MAINTENANCE TECHNICIAN
• MOLD SETUP
• OPERATOR PENGELUARAN
• SUPPLY CHAIN MANAGER
• DRIVER CUM STORE
• QUALITY INSPECTOR
• DOCUMENT CONTROLLER CLERK
• FACILITY MAINTENANCE
• CLEANER CUM TEA LADY
• ASSISTANT SUPERVISOR ASSEMBLY
• LEADER ASSEMBLY
• SPRAYER

11. LEADER UNIVERSAL ALUMINIUM SDN. BHD.
• PRODUCTION ENGINEER
• PRODUCTION TECHNICIAN
• QA/QC TECHNICIAN
• MACHINE OPERATOR

12. VENUS CERAMIC INDUSTRY SDN. BHD.
• OPERATOR
• TECHNICIAN

13. FUJITSU COMPONENT (MALAYSIA) SDN. BHD.
• JURUTEKNIK

14. POS MALAYSIA BERHAD
• POSMEN

15. GCH RETAIL (MALAYSIA) SDN. BHD.
• PENYELIA JURUWANG
• JURUWANG
• PEMBANTU JUALAN
• PENYELIA JABATAN
• PEMBANTU AKAUN
• KETUA JABATAN

16. EPSON PRECISION (JOHOR) SDN. BHD.
• QC OPERATOR
• PENGAWAL KESELAMATAN
• KERANI
• JR TECHNICIAN

17. SBN INDUSTRIES SDN. BHD.

18. PURNABINA SDN. BHD.
• LOGISTIC EXECUTIVE
• SAFETY OFFICER
• SAFETY SUPERVISOR
• OPERATOR PENGELUARAN

19. J.S.T. CONNECTORS (MALAYSIA) SDN. BHD.
• TECHNICIAN
• SENIOR TECHNICIAN
• ENGINEER
• ASSISTANT ENGINEER

20. BERJAYA ROASTERS (M) SDN. BHD.
• PENGURUS RESTORAN
• PEMBANTU PENGURUS RESTORAN
• PEKERJA SEPENUH MASA / SEPARUH MASA

21. SENAI AIRPORT TERMINAL SERVICES SDN. BHD.
• POLIS BANTUAN

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 12 August 2016

MINTA BAHAGIAN SENARAIKAN AHLI TAJA, PROMOSI PARTI BARU - UMNO JOHOR

Umno bahagian di Johor diminta menyenaraikan anggota mereka yang dipercayai terlibat atau dikaitkan dengan parti baru, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ini adalah bagi memastikan bahawa perjuangan anggota Umno di negeri ini dalam memantapkan parti menjelang pilihan raya Umum Ke-14, tidak menghadapi kecelaruan.

Mohamed Khaled berkata terdapat nama-nama anggota Umno di negeri itu yang tersebar menerusi laman web yang turut mendakwa mereka ini menjadi penaja atau mempromosi parti baru.

"Saya minta agar Umno Bahagian dapat menyenaraikan (nama anggota yang dipercayai terlibat atau dikaitkan) dan menghantar kepada ibu pejabat supaya ibu pejabat dapat tentukan kedudukan mereka ini.

"(Ada di antara) mereka ini (yang) duduk dua alam. (Ini bagi memastikan) sama ada nama mereka digunakan untuk menaja dan mempromosi parti (baharu) dan mereka dapat mengumumkan sama ada mereka betul-betul terlibat atau tidak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor hari ini.

Mohamed Khaled, yang juga menteri besar Johor berkata beliau juga ada menerima laporan bahawa ada yang menggunakan nama anggota-anggota yang tidak terlibat dan mengaitkan mereka dengan parti baru.

"Jika ada di antara mereka yang betul-betul terlibat, mereka perlu membuat satu ketetapan. Kalau mereka terlibat mereka patut jangan ada apa-apa hubungan lagi dengan Umno," katanya.

Baru-baru ini, bekas timbalan perdana menteri yang juga bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa ramai bekas anggota Umno ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia tetapi tidak bersedia menyatakan sokongan secara terbuka.
- Bernama
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 11 August 2016

LAWAK SHARUL SHIRO DAN JOHOR FREE WIFI

Senarai Lokasi Kawasan Hotspot "Johor Free Wifi"


Share this with with your friendsFacebook Google+TweetWhatsApSenarai Lokasi Kawasan Hotspot Dan Cara Menggunakan "Johor Free Wifi". Berikut adalah Kawasan Hotspot "Johor Free Wifi" mengikut pecahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor:-* Senarai lokasi "Johor Free Wifi" di setiap PBT akan dikemaskini dari masa kesemas
  1. Majlis Bandaraya Johor Bahru - 13
  2. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah - 14
  3. Majlis Perbandaran Pasir Gudang - 2
  4. Majlis Perbandaran Batu Pahat - 11
  5. Majlis Perbandaran Kulaijaya - 9
  6. Majlis Perbandaran Kluang - 5
  7. Majlis Perbandaran Muar - 7
  8. Majlis Daerah Kota Tinggi - 8
  9. Majlis Daearah Labis - 2
  10. Majlis Daerah Mersing - 7
  11. Majlis Daerah Pontian - 9
  12. Majlis Daerah Segamat - 5
  13. Majlis Daerah Simpang Renggam - 2
  14. Majlis Daerah Tangkak - 4
  15. Majlis Daerah Yong Peng - 5
  16. Lembaga Bandaran Johor Tenggara - 7
  17. Projek Perumahan Rakyat - 25
TOTAL BILANGAN TALIAN : 135 

Panduan Menggunakan Johor Free WiFi

  • 1) Sila on kan WIFI.
  • 2) Kemudian connect ke Johor Free Wifi.
  • 3) Sign ke login page Johor Free WIFI
  • 4) Klik [register] bagi pendaftaran kali pertama
  • 5) Masukkan butiran yang diminta
  • 6) Tekan create dan lihat pendaftaran berjaya atau tidak
  • 7) Jika sudah berjaya, Tekan back to login page
  • 8) Masukkan username dan password. Tick agreement
  • 9) Tekan login
Selamat melayari secara berhemah.
Penggunaan hanya 30 minit bagi satu-satu masa. Sila relogin kembali apabila sudah terputus. 

Username dan password adalah didaftar atas nama SENDIRI. 
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 10 August 2016

PESAKIT KANSER JOHOR BAKAL TERBELA

 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam berkenan melancarkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor bagi membantu pesakit kanser di negeri ini.
Bersama baginda berangkat ke majlis, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.
Dalam titah ucapan baginda, Raja Zarith Sofiah bertitah perasmian yayasan itu merupakan titik permulaan kerja bagi yayasan tersebut untuk membantu dan menyokong mereka yang mengidap penyakit kanser, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan.
“Walaupun Almarhum Tunku Laksamana Johor (Almarhum Tunku Abdul Jalil) tidak bersama kita, yayasan ini dapat jadikan impian Almarhum satu kenyataan,” titah baginda yang menahan sebak, sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tampil menyalurkan sumbangan kepada yayasan tersebut.
“Pelancaran ini bukan hanya untuk memberi bantuan kewangan kepada para pesakit kanser namun ia juga adalah untuk memberi harapan kepada masa depan mereka. Ia bertujuan memberitahu mereka bahawa kita akan memberi sokongan kepada mereka serta memahami beban dan kesusahan yang mereka hadapi.”
Titah baginda lagi, baginda bersama putera-putera dan puteri akan terus melawat pesakit-pesakit kanser, sepertimana yang dikehendaki oleh Almarhum Tunku Jalil.
“Almarhum selalu melawat pesakit kanser. Oleh itu, saya dan putera puteri saya berazam untuk meneruskan kunjungan lawatan sedemikian bagi pihak Almarhum, kerana itulah yang diharapkan kami lakukan secara berterusan. Kami akan memastikan impian Almarhum menjadi kenyataan, dan warisannya akan tetap hidup selamanya.”
Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar dan para kerabat diraja Johor.
Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri, merangkap anggota Lembaga Pengarah Yayasan Datuk Ismail Karim, barisan pengerusi-pengerusi jawatankuasa Kerajaan Negeri Johor dan ketua-ketua jabatan kerajaan.
Sultan Ibrahim pada majlis itu turut berkenan menerima cek sumbangan bernilai RM550,000 daripada kerajaan negeri Johor dan syarikat berkaitan kerajaan negeri untuk tabung yayasan.
Daripada jumlah itu, RM250,000 disampaikan oleh Mohamed Khaled bagi pihak kerajaan negeri Johor, RM200,000 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) Abd Razak Mohd Yusoff bagi pihak KPRJ dan RM100,000 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Johor Holdings Sdn Bhd (YPJ) Elias Hasran bagi pihak YPJ.
Ismail dalam ucapan beliau pula berkata, yayasan terbabit diilhamkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abdul Jalil sewaktu hayatnya sebelum diperbadankan pada 26 Jun tahun lepas.
“Semenjak ditubuhkan, yayasan ini sudah mengumpul dana, namun, demi memastikan kelangsungannya, sumbangan daripada masyarakat terutama pihak korporat amat diharapkan,” katanya dengan berharap penubuhan yayasan itu diberkati Allah S.W.T.
Almarhum Tunku Abdul Jalil, anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah, telah mangkat pada 5 Disember tahun lepas akibat kanser hati di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Jumlah pelawat

Pautan

  • FB Dato' Khaled Nordin
  • FB Gerakan Muafakat
  • Johor Southern Tigers
  • Muafakat Johor

Arkib entri

  • August (11)
  • July (6)
  • May (15)
  • April (1)
  • March (1)
  • January (13)
  • December (30)
  • November (38)
  • October (32)
  • September (1)
  • August (25)
  • July (4)
  • June (8)
  • May (11)
  • April (31)

Popular terkini

  • KAMPUNG PUTERI MENANGIS NAIB JUARA ANUGERAH DESA PERDANA
    Syukur Alhamdulillah Kpg Parit Puteri Menangis, Benut, Pontian menjadi Naib Juara Anugerah Desa Perdana 2017 utk kategori Kpg Tradisi. Jua...
  • BAS MUAFAKAT JOHOR HANYA UNTUK WARGANEGA MALAYSIA KHUSUSNYA RAKYAT JOHOR
    Perkhidmatan Bas Muafakat Johor hanya boleh dinikmati oleh WARGANEGARA MALAYSIA amnya dan BANGSA JOHOR khususnya. Hal ini sejajar dengan...
  • BANTUAN UNTUK IBU TUNGGAL JOHOR
    Kerana ada yang bertanya tentang bantuan untuk ibu tunggal di Johor. Hari ini admin akan menulis sedikit sebanyak berkenaan perkara itu. Har...
  • ‘MALAY TSUNAMI’ an Opposition fantasy, says UMNO
    The Opposition is daydreaming of capturing Putrajaya through a ‘Malay tsunami’, said the head of Special Affairs Department (Jasa) Mohd P...
  • TITAH SULTAN JOHOR DI PERHIMPUNAN BANGSA JOHOR
                ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH  LAGI MAHA MENGASIHANI. SEGALA PUJIAN BAG...

Popular untuk dibaca

  • TITAH SULTAN JOHOR DI PERHIMPUNAN BANGSA JOHOR
  • INI YANG BERLAKU SEBENARNYA
  • KERAJAAN JOHOR LANCAR PROGRAM RMRJ
  • BAS PERCUMA MUAFAKAT JOHOR DI SELURUH NEGERI TAHUN DEPAN
  • JANGAN INGKAR TITAH TUANKU ATAU TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL
  • PEMILIHAN AGONG KE-15 JUMAAT INI
  • PEMBANGKANG SEMAKIN BIADAP
  • NASIHAT UNTUK TUN M DARI DYMM SULTAN JOHOR
  • PERMAISURI JOHOR MURKA ?
  • SYARAT DAN CARA MOHON RUMAH BINA NEGARA
Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.